Tuesday, September 1, 2009

31 08 09 merdeka 2009

sudah lame aku tak mengepos kat dalam blog ini. jadi, sempena hari merdeka yg ke-52 ini, aku akan menulis segala yang terjadi hari ini.

walaupun hari ini seperti hari hari yang lain, iaitu tiada apa-apa yang berlaku kerana sekarang kan bulan puasa, so pergerakan kenelah limitkan. heheh. dan hari aku bermula seperti biasa la, pukul 9.30 pergi keje dan balik apabila bulan mengambang, iaitu pukul 11 malam. memang agak memenatkan bagi seorang insan biasa seperti ku. hahah sadis gile ayat. tp sebelum itu, malam merdeka la yang paling syok! kerana aku dan geng2 aku celebrate raya dengan cara kami sendiri iaitu membelasah budak2 cc dalam game. vanue: cyber express. muahahaha. sungguh gumbira beta rasa. ape aku peduli kan?? hahahah.

ok, next day, 31 ogos 2009, hari merdeka dan hari jadi rakan sekerja aku iaitu shida, beliau berumur 22 tahun. permenant staf di popular bookstore di jaya jusco. seorang yang agak sosial dan agak manje. hahaha. malam ini kami yang bekerja malam membuat surprise kat die. memang terkejut berok die. btw, sebelum bagi hadiah beliau kene jawab soalan dulu. hahaha nasib ang la. tapi sume tu senang2 belaka lorh. ahahah. happy besday aku ucapkan kat ang yek!

then, arround pukul 8 macam tu la baru balik daripada berbuka puasa kat salam corner, ade pergaduhan di depan kedai cermin mata di jaya jusco, melibatkan pekerja kedai tersebut dan orang luar, dianggarkan ada 4 org semuanya. 2 laki 2 perempuan. yang pertarungan perempuan 2 tak bes sangat la. ahahah. yang mengujakan aku pertarungan antara lelaki itu. pekerja kedai tu kena belasah teruk kot. ahahha. mata beliau sudah bengkak. namun, perkelahian itu dihentikan oleh bluewave, iaitu guard disini. mereka berempat dibawa ke balai untuk disoal siasat...

dalam masa yang sama, supervisor aku memberutahu bahawa ade sepasangan kapel bergaduh di hadapan popular dalam pukul 7 tadi. dimaklumkan bahawa si lelaki itu menarik rambut si perempuan da menampar perempuan itu. kisah selanjutnya aku tak tau la.

hmm, itu saje la hari MERDEKA aku pada tahun 2009. hahah. banyak bende yang tak menarik la berlaku hari ini. bosan. huhuh. perbarisan sempena hari kemerdekaan pun tak ada. yela puasa la dikatakan. tidak mengapa, tahun depan ada lagi.
:)

sayonara~

No comments: